Monday, November 5, 2007

Universiti Teknologi MARA

1. JAWATAN 1 : PEMBANTU PERPUSTAKAAN

Jabatan : Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu

Kumpulan Perkhimatan : Pentadbiran dan Sokongan

Klasifikasi Perkhidmatan : Sosial (S)

Kekosongan : 1

2.
Jadual Gaji : Gaji S17 : P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2,151.35

P2T1 RM871.81 - P1T24 RM2,272.50

P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2,397.95

3.
Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan;

c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

dan d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

1. JAWATAN 2 : PEMBANTU AM PEJABAT

Jabatan : Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu

Kumpulan Perkhimatan : Sokongan

Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan

Kekosongan : 1

2.
Jadual Gaji : Gred N1 : P1T1 RM649.15 - P1T27 RM1,506.79

P2T1 RM691.62 - P2T27 RM1,583.49

P3T1 RM735.72 - P3T27 RM1,661.82

3.
Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) (i) berpelajaran peringkat Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(ii) boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N1:P1T2)

B. TARAF JAWATAN : Tetap

C. CARA MEMOHON:

1. Penggunaan Borang:

Permohonan mestilah menggunakan Borang PPAT. 001 dengan harga RM1.00 senaskhah yang boleh didapati di Kaunter Utama Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, Perpustakaan Awam Cawangan Dungun dan Perpustakaan Pekan Kerteh.

Waktu Penjualan Borang di Perpustakaan Awam Terengganu ( Pusat )

Ahad – Rabu : 9.30 pg. – 1.00 tgh. : 2.00 ptg. – 5.00 ptg.

Khamis : 9.30 pg. – 1.00 tgh.

Jumaat , Sabtu dan Cuti am : Tutup

2. Hantar kepada:

Pengarah,
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu,
Jalan Kemajuan, Padang Hiliran,
21572 Kuala Terengganu.

3. Tarikh Tutup : 18 November 2007

4. Sertakan salinan:

i. Sijil Kelahiran;

ii. Sijil Kelulusan Pelajaran dan lain-lain sijil / dokumen berkaitan;

iii. Kad Pengenalan bapa sekiranya pemohon lahir di luar Negeri Terengganu;

iv. Sijil Kerakyatan Negeri Terengganu jika pemohon dan bapa lahir di luar Negeri Terengganu;

v. Satu keping gambar berukuran pasport (lekatkan di bahagian atas sebelah kanan muka surat pertama borang permohonan);

vi. Kekosongan jawatan untuk diisi di Perpustakaan Awam Cawangan Dungun dan Perpustakaan Awam Pekan Kerteh;

vii. Permohon yang tidak dihubungi dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan adalah dianggap gagal.

- PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM TERENGGANU -

0 comments:

the news