Monday, September 10, 2007

TAWARAN UNTUK MENJADI JURULATIH

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Kementerian Pertahanan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia lelaki dan wanita untuk menjadi Jurulatih bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Tahun 2006.

A-JURULATIH MODUL KENEGARAAN

TANGGUNGJAWAB JURULATIH

Membimbing pelatih memperluaskan pengetahuan tentang kenegaraan (nation-building) dan meningkatkan perasaan cinta serta pengorbanan kepada negara. Membantu pelatih mempelajari tentang kenegaraan yang merangkumi tanah air, rakyat, kerajaan, kedaulatan dan cabaran-cabaran dalam dan luar negara. Menyedarkan pelatih serta memupuk rasa sayang kepada tanah air dan sanggup mempertahankannya melalui elemen Tanah Air. Memberi pengetahuan kepada pelatih tentang asal usul pelbagai ras, etnik, membina rasa sayang sesama etnik dan antara etnik, memahami kepentingan bersatu-padu melalui elemen Rakyat. Membimbing pelatih memahami bagaimana negara (tanah air, rakyat, kedaulatan) ini ditadbir dan diurus, melalui sistem pentadbiran, undang-undang, perlembagaan dan lain-lain melalui elemen Kerajaan. Membincangkan Cabaran dari dalam dan luar negara supaya pelatih sedar akan peluang dan ancaman yang datang secara berterusan. Jurulatih juga bertanggungjawab untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti berkaitan seperti lawatan, simulasi, lakonan, dinamik kumpulan, menontot gambar, melukis, berdebat, mentafsir peristiwa dan lain-lain.

KELAYAKAN

1.Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya di peringkat diploma dan keutamaan adalah dalam Pengajian Sejarah, Pengurusan, Pengurusan Sumber Manusia, Sains Politik, Kaunseling, Psikologi dan Pendidikan.

Atau


2.Bagi calon yang tidak mempunyai kelayakan akademik seperti di atas tetapi mempunyai pengalaman luas sebagai Tenaga Pengajar / Fasilitator dalam Latihan Dalam Kumpulan (LDK) juga boleh dipertimbangkan.

Dan


3.Berkebolehan menyampaikan ceramah dan mengendalikan LDK dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

KRITERIA KHAS

1.Berumur tidak kurang dari 21 tahun tetapi tidak lebih 55 tahun pada tarikh tutup permohonan.

2.Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota.

3.Tiada rekod jenayah.

4.Sanggup tinggal dan bekerja di mana-mana kem latihan PLKN di seluruh negara.

5. Sanggup mematuhi peraturan dan etika sebagai Jurulatih PLKN.

6.Bagi calon yang bekerja hendaklah mendapat kelulusan secara bertulis daripada majikan untuk menyertai Kursus seterusnya berkhidmat sebagai Jurulatih di Kem PLKN


B- MODUL PEMBINAAN KARAKTER

TANGGUNGJAWAB JURULATIH

Membantu Pelatih Program Latihan Khidmat Negara membentuk perwatakan yang positif melalui nilai-nilai murni. Membimbing Pelatih melalui proses penerokaan diri sendiri, untuk menyedari dan mengenal pasti ciri-ciri diri (seperti aspek kepimpinan), memperkayakan kekuatan serta memulihkan kelemahan diri. Menyedarkan pelatih tentang penglibatan orang lain dalam kehidupan mereka, mengetahui kemahiran untuk bekerja sebagai ahli satu pasukan, cara bertindak sebagai pemimpin dalam kumpulan, dan mengatasi masalah di dalam kumpulan. Jurulatih juga bertanggungjawab untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti ceramah, permainan, latihan dan lain-lain yang membolehkan pelatih belajar tentang kejujuran, membuat pilihan, bertanggungjawab, memimpin, menunaikan janji (komitmen) dan membina keyakinan diri.

KELAYAKAN

1.Memiliki kelulusan akademik sekurang-sekurangnya di peringkat diploma dalam mana-mana disiplin yang berkaitan dengan Psikologi, Kaunseling, Pembangunan Manusia, Latihan dan Pembangunan (dalam Pengurusan Sumber Manusia), Pendidikan, Sosiologi, Komunikasi dan lain-lain.

2.Bagi calon yang tidak mempunyai kelayakan akademik seperti di atas tetapi mempunyai pengalaman luas sebagai Tenaga Pengajar / Fasilitator/ Penceramah kursus/bengkel motivasi, perubahan tingkah laku dan sikap, perubahan pemikiran dan perasaan yang mempengaruhi tingkah laku dan sebagainya juga boleh dipertimbangkan.

3.Berkebolehan menyampaikan ceramah dan mengendalikan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dalam Bahasa Malaysia dengan baik. Kebolehan dan penguasaan dalam Bahasa Inggeris adalah satu kelebihan.

4.Berumur tidak kurang dari 23 tahun tetapi tidak melebihi 55 tahun pada tarikh tutup permohonan.

5.Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota.

6.Tiada rekod jenayah.

7.Sanggup tinggal dan bekerja di mana-mana kem latihan PLKN di seluruh negara.

TEMUDUGA DAN KURSUS JURULATIH

Hanya calon yang terpilih akan dimaklumkan untuk hadir temuduga dan seterusnya menjalani Kursus Jurulatih.

C- MODUL KHIDMAT KOMUNITI

TANGGUNGJAWAB JURULATIH

Menyedarkan pelatih tentang kesukarelaan dengan membantu mereka mempelajari melalui pengalaman di kawasan kejiranan, dalam kerja perkhidmatan sosial, alam sekitar dan kemudahan awam. Bersama-sama pelatih mengikuti aktiviti sukarela bagi tema kejiranan, seperti perkhidmatan sukarela untuk keluarga atau penduduk di satu kawasan. Menyelia pelatih melaksanakan kerja sukarela dalam perkhidmatan sosial yang meliputi aspek kesihatan, pendidikan, kebajikan, perumahan dan sebagainya. Manakala dalam tema alam sekitar pula, jurulatih membimbing pelatih memelihara alam sekitar termasuklah di hutan, sungai, pantai, kawasan pertanian, penternakan, perindustrian, dan sebagainya. Jurulatih juga bertanggungjawab memimpin pelatih melaksanakan kerja sukarela ke atas kemudahan awam yang disediakan .

KELAYAKAN

1.Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya di peringkat diploma dan keutamaan adalah dalam bidang Pentadbiran Sosial, Pentadbiran Awam, Sains Alam Sekitar, Sukan dan Rekreasi, Pengurusan, Kaunseling, Psikologi, Sosiologi, Antropologi, Komunikasi Sains Kemasyarakatan dan Pendidikan.

2.Bagi calon yang tidak mempunyai kelayakan akademik seperti di atas tetapi mempunyai pengalaman luas di dalam kerja kesukarelaan sebagai Tenaga Pengajar / Fasilitator Latihan Dalam Kumpulan (LDK) juga boleh dipertimbangkan.

3.Mempunyai minat yang mendalam di dalam bidang khidmat masyarakat.

4.Berkebolehan menyampaikan ceramah dan mengendalikan LDK dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

5.Berumur tidak kurang dari 21 tahun tetapi tidak lebih 55 tahun pada tarikh tutup permohonan.

6.Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota.

7.Tiada rekod jenayah.

8.Sanggup tinggal dan bekerja di mana-mana kem latihan PLKN di seluruh negara.

KRITERIA KHAS MAHASISWA

Mahasiswa IPTA yang sedang berada dalam tahun akhir pengajian dengan memenuhi syarat-syarat berikut:

1.Calon mestilah merupakan pemimpin mahasiswa yang aktif dan pernah memegang jawatan tinggi termasuk Yang Dipertua/ Presiden/ Pengerusi Persatuan/ AJK kelab mahasiswa yang berdaftar di IPTA

2.Calon hendaklah mempunyai pengalaman dalam aktiviti kemasyarakatan / kesukarelaan dan pernah menyertai program-program tertentu dalam tempoh pengajian, termasuk program bakti siswa, khidmat masyarakat, sekolah angkat dan seumpama dengannya.

3.Calon pernah mengikut latihan amali/ praktikum di pertubuhan-pertubuhan sukarela, badan-badan kebajikan atau badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang relevan dalam tempoh pengajian.

4.Calon pernah menghadiri dengan jayanya Kursus Bina Negara (peringkat asas atau lanjutan ) yang dianjurkan oleh Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri (JPM)

5. Calon mempunyai Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

6.Calon yang pernah mengambil kursus khidmat masyarakat menerusi program Ko-Kurikulum atau kursus pentadbiran sosial di IPTA akan diberi keutamaan

INSENTIF

1.Elaun RM 80.00 sehari.

2.Makan dan tempat tinggal disediakan percuma.

3.Pakaian seragam JLKN percuma.

4.Insuran perlindungan diri.

5.Tuntutan perjalanan satu kali sahaja untuk pergi dan balik dari rumah ke tempat bertugas.

TARAF JAWATAN

Sambilan

CARA MEMOHON

1.Muatturun borang

2.Calon-calon yang berminat boleh memohon secara bertulis atau datang sendiri ke pejabat JLKN seperti di alamat berikut:

Jabatan Latihan Khidmat Negara
Kementerian Pertahanan Malaysia
Aras 10, Menara TH Selborn
153 Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR

Tel:03-2687 3519/3510 (Kenegaraan)
03-2687 3520/3510 (Pembinaan Karakter)
03-2687 3502 (Khidmat Komuniti)
Faks:03-2687 3434 / 2681 3643 / 2685 1322

2 comments:

azimah said...

assalamualaikum,sy nor azimah binti azizan ingin maklum balas daripada pihak tuan,puan mengenai permohonan sebagai jurulatih khidmat komuniti di JLKN. borang permohonan telah saya poskan namun tiada maklum balas yang diterima. harap komen saya ini mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak tuan, puan.sekian,terima kasih.

drmandangmichael@gmail.com said...

Sesungguhnya, semua ini telah kuperhatikan, semua ini telah kuperiksa, yakni bahwa orang-orang yang benar dan orang-orang yang berhikmat dan perbuatan-perbuatan mereka, baik kasih maupun kebencian, ada di tangan Allah; manusia tidak mengetahui apapun yang dihadapinya.
Segala sesuatu sama bagi sekalian; nasib orang sama: baik orang yang benar maupun orang yang fasik, orang yang baik maupun orang yang jahat, orang yang tahir maupun orang yang najis, orang yang mempersembahkan korban maupun yang tidak mempersembahkan korban. Sebagaimana orang yang baik, begitu pula orang yang berdosa; sebagaimana orang yang bersumpah, begitu pula orang yang takut untuk bersumpah.
Inilah yang celaka dalam segala sesuatu yang terjadi di bawah matahari; nasib semua orang sama. Hati anak-anak manusiapun penuh dengan kejahatan, dan kebebalan ada dalam hati mereka seumur hidup, dan kemudian mereka menuju alam orang mati.

Tetapi siapa yang termasuk orang hidup mempunyai harapan, karena anjing yang hidup lebih baik dari pada singa yang mati.
Karena orang-orang yang hidup tahu bahwa mereka akan mati, tetapi orang yang mati tak tahu apa-apa, tak ada upah lagi bagi mereka, bahkan kenangan kepada mereka sudah lenyap.
Baik kasih mereka, maupun kebencian dan kecemburuan mereka sudah lama hilang, dan untuk selama-lamanya tak ada lagi bahagian mereka dalam segala sesuatu yang terjadi di bawah matahari.
Mari, makanlah rotimu dengan sukaria, dan minumlah anggurmu dengan hati yang senang, karena Allah sudah lama berkenan akan perbuatanmu.
Biarlah selalu putih pakaianmu dan jangan tidak ada minyak di atas kepalamu.
Nikmatilah hidup dengan isteri yang kaukasihi seumur hidupmu yang sia-sia, yang dikaruniakan TUHAN kepadamu di bawah matahari, karena itulah bahagianmu dalam hidup dan dalam usaha yang engkau lakukan dengan jerih payah di bawah matahari.
Segala sesuatu yang dijumpai tanganmu untuk dikerjakan, kerjakanlah itu sekuat tenaga, karena tak ada pekerjaan, pertimbangan, pengetahuan dan hikmat dalam dunia orang mati, ke mana engkau akan pergi.
Lagi aku melihat di bawah matahari bahwa kemenangan perlombaan bukan untuk yang cepat, dan keunggulan perjuangan bukan untuk yang kuat, juga roti bukan untuk yang berhikmat, kekayaan bukan untuk yang cerdas, dan karunia bukan untuk yang cerdik cendekia, karena waktu dan nasib dialami mereka semua.
Karena manusia tidak mengetahui waktunya. Seperti ikan yang tertangkap dalam jala yang mencelakakan, dan seperti burung yang tertangkap dalam jerat, begitulah anak-anak manusia terjerat pada waktu yang malang, kalau hal itu menimpa mereka secara tiba-tiba.

the news